Monday, June 21, 2010

dUlU k3k4s1h , k1n1 s4h4b4t


Bukan mudah untuk menerimanya kembali setelah si dia pernah menyakiti hati kita.. Namun apa jua punca berpisah, fikirkanlah saat-saat indah ketika bercinta dengannya.. Walaupun dia pernah menyakiti hati kita, namun dia juga insan yang pernah membahagiakan kita.. Terimalah si dia sebagai sahabat kamu..


** Cara terbaik untuk kita menenangkan diri dan menerima kenyataan yang hubungan kita dengan si dia sudah berakhir adalah dengan memaafkan dan melupakan apa yang telah terjadi..


** Setelah lama menjalinkan hubungan dan sudah pastinya kita saling mengerti antara satu sama lain.. Sayang jika hubungan ini putus dan bertukar menjadi musuh.. Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memutuskan silaturrahim..


** Dunia ini sangat kecil dan bagaimana mengelak sekalipun untuk menjauhkan diri daripadanya, satu hari kamu tetap akan berurusan dengan dia kembali.. Jernihkan hubungan yang sudah rosak itu..


Cinta mudah untuk diluahkan dan mengatakan cintanya terlalu mendalam tapi ketahuilah masih ada lagi yang tak tahu apa ertinya cinta yang sebenar.. Ada apa dengan cinta?


** Cinta apa yang aku fahami adalah sebuah jalan dan komitmen bukan hanya sekadar perasaan semata.. Cinta juga tidak semestinya berakhir bahagia kerana cinta itu tiada titik noktahnya..


** Ingatlah, seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat.. Jika mencintai seseorang janganlah mengharap si dia akan mencintai kamu seperti mana kamu mencintai dirinya..


** Ketahuilah cinta mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta bukan lahir dari lafazan kata di bibir dan lidah atau fikiran tetapi dari hati yang tulus dan ikhlas.. Tepuk dada, tanyalah apa kata hati anda..


** Cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu seperti kaca yang pecah tapi ingatlah ada seseorang yang bersedia untuk mengumpul kembali pecahan kaca tersebut sehingga kamu menjadi kuat kembali..


Remember that “Dream can change, but Love is forever”..

No comments:

Post a Comment

SDiced.fm